|
|
| Our news
01.12.2007 |
| |
Template pengurusan kewangan
Template
BijakBudget adalah satu fail yang telah diformulakan dan
dijadikan satu template yang dapat digunakan sebagai alat
untuk menyusun bajet dan perancangan kewangan atau pengawal
aliran tunai secara lebih teratur atau sistematik.
|
| |
Prinsip
Prinsip atau konsep yang digunakan
ialah: Mudah, ringkas, selesa dan diyakini.
|
Penggunaan
Ia diberi secara percuma dan boleh
digunakan oleh sesiapa sahaja samada untuk kegunaan
perancangan kewangan peribadi, syarikat, organisasi, persatuan
dan lain-lain. Ia boleh diubahsuai samada ditambah atau
dikurangkan tanpa sebarang larangan.
|
Senario
-pengurusan kewangan
Setiap individu inginkan keselesaan dalam kedudukan kewangan.
Untuk mencapainya perlulah ada satu sistem perancangan
kewangan atau sistem pengurusan Kewangan yang berkesan agar
perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik.
Sebanyakmana pendapatan bulanan
seseorag jika perancangan dan pengurusan dibuat secara
sistematik, ia akan dapati kedudukan kewangannya mencukupi
atau mungkin berlebihan.
Sebaliknya jika kewangan tidak
dirancang pada kebiasaannya akan terjadi banyak kesilapan,
pembaziran, hutang lapuk, tidak stabil dan selalu tidak
mencukupi. Hal ini banyak terjadi kepada individu yang selalu
berbelanja dengan cara yang tidak bersistem.
Sesiapa sahaja, jika pendapatan
diuruskan dengan bijak kedudukan kewangannya adalah berkeadaan
baik atau stabil. Dengan ini satu kaedah diperlukan bagi
menguruskan kewangan, cara yang mudah adalah dengan
menggunakan template BijakBudget, ianya ringkas, percuma,
simple dan mudah digunakan. Sistem ini direka khas untuk
Pengurusan Kewangan atau Perancangan Kewangan.
|
Tips
kewangan
Bijak wang dan bijak berbelanja
Menggunakan template BijakBudget untuk mengawal aliran keluar
masuk kewangan dan perbelanjaan secara berterusan. Cara ini
dapat mengelakan dari kesilapan dalam imbangan pendapatan dan
perbelanjaan. Oleh itu anda akan sentiasa tahu status kewangan
anda.
Rancang dengan teliti.
Jika anda ingin membeli sesuatu barangan contohnya Peti Ais
berharga RM2,000.00. Apa yang
patut anda buat ialah menyimpan setiap bulan RM200.00
hingga cukup jumlah RM2000.00
baru beli. Tidaklah lama cuma 10 bulan sahaja. Tetapi jika
anda berhutang anda terpaksa membayar ansuran setiap bulan +
jumlah interest, disini anda akan rugi banyak wang.
Disamping itu ia akan menambah urusan atau menyibukkan anda
setiap bulan.
Tips penggunaan kredit kad
Sebenarnya anda hanya perlu ada satu Kredit Kad sahaja. Jika
anda mempunyai dua atau tiga Kredit Kad sebenarnya anda telah
buat silap. Oleh itu tutup dua lagi Kredit Kad tersebut
sebelum masalah hutang anda jadi bertimbun. Kesilapan
menggunakan kredit kad boleh menyebabkan anda menjadi bankrup,
sebab interest bagi hutang tersebut sentiasa naik dan jika
anda bayar sedikit sahaja kemungkinan anda hanya membayar
jumlah interestnya sahaja, tidak termasuk hutang sebenar.
Cara yang selamat menggunakan kredit kad ialah dengan
menggunakan satu kredit kad sahaja, bila digunakan anda perlu
cepat-cepat bayar semula. Jika nilai kredit RM5000 Pastikan
jumlah ini sentiasa penuh. Kalau anda berbelanja 4000
sekalipun pastikan anda dapat selesaikan sebelum tempoh
sebulan atau dua bulan. Jika tidak mampu lebih baik jangan.
Anggaplah kredit kad sebagai kemudahan, nilai yang ada
bukannya duit anda, ia hanya hutang. Jika silap langkah anda
akan menanggung masalah.
Elakkan dari berhutang.
Gunakan template BijakBudget untuk menyelesaikan hutang yang
sedia ada sedikit demi sedikit sehingga langsai semuanya.
Elakan dari menambah hutang, kerana dengan berhutang anda
sebenarnya mengundang masalah kepada diri anda sendiri.
Jika gaji anda RM4000,00 tetapi setiap bulan anda terpaksa
membayar hutang dimerata-rata tempat, gaji bersih selepas
tolak hutang tinggal RM900.00 sahaja. Inilah sebenarnya kenapa
ramai individu merasa kesesakan. Cuba anda bayangkan jika anda
tidak punya hutang dan mendapat gaji penuh RM4000.00 tentulah
anda merasa lapang.
Ada juga individu yang suka-suka buat personal loan. Jumlah
yang dipohon RM10,000.00. Kemudian bayar balik secara ansuran
+ Interest 5.85% x 7 tahun, jumlah interestnya ialah RM4,112.00 Disini anda telah membuang duit sebanyak
RM4,112.00 begitu sahaja. Oleh itu lebih baik anda menabung
RM200.00 sebulan. Bila cukup RM5000.00 anda boleh berbelanja
RM1000.00 pada bila-bila masa, dan bakinya masih ada RM4000.00
lagi. Kan best macam tu. Selepas berbelanja penuhkan semula
tabung agar jadi RM5000.00
|
3
Peringkat
Apabila anda menggunakan
Template BijakBudget, anda akan lalui tiga peringkat:
Tidak stabil:
Anda mempunyai banyak bil tertunggak dan hutang yang masih
belum dijelaskan.
Baikpulih:
Susunatur perbelanjaan sambil melangsaikan hutang/bil
tertunggak beransur-ansur.
Stabil: Tidak ada
hutang dan bil tertunggak.
|
Install
Template BijakBudget adalah percuma,
ia diprogramkan dengan menggunakan Microsoft Excel, sebelum
menggunakan program ini anda perlu install Microsoft
Office2000 atau versi yang lebih atas dalam komputer anda
terlebih dahulu. Setelah itu anda boleh download program
bijakbudget1.0 ke dalam komputer anda.
|
License
Setelah anda menggunakan template bijakbudget, dapatkan License yang
sah dengan hanya mengisi sedikit catatan berkaitan pendapat
atau pengalaman anda menggunakan template bijakbudget disini:
Sign
GuestBook. Setelah anda mengisi catatan tersebut secara Automatik anda
sudah dikira pengguna berdaftar yang sah.
|
Download
Anda boleh download Template
BijakBudget ini pada bila-bila masa dan digalakkan untuk
memperkenalkan perisian ini kepada individu yang lain supaya
mereka dapat mengambil manafaat dari perisian ini.
Klik kotak dibawah untuk Download:
_



Isu password: Hanya di bahagian Example sahaja yang mempunyai password. Klik "JAN-DEC" di bahagian bawah.


Berita terkini! Versi 2.3 telah dikeluarkan pada 22/4/09.
Susunatur budget anda secara ONLINE!
Bijakbudget Versi 2.3 amat sesuai disimpan di dalam Google docs. Anda boleh upload dan mengeksesnya melalui akaun Gmail, lalu menyusun budget bulanan secara online, fail budget lebih selamat dan tiada resiko hilang.
|
Catatan
pelawat
Setelah anda
menggunakan perisian ini, sila catatkan serba sedikit
pengalaman anda dalam menguruskan kewangan atau pendapat anda
tentang BijakBudget. Terima-kasih.
|
| GuestBook:
View
GuestBook |
|
Sign
GuestBook
|
| Sebarang
aduan, cadangan atau pertanyaan sila hubungi melalui alamat
email dibawah: |
| Contact
us at: kembara06@gmail.com
|